Blog Entry

  

17 Ramadhan hari dinuzulkan Al-Quran

by thevirus , under

Aku tidak dapat menghadirkan diri ku sebagai mana umat islam yang lain ke masjid untuk mendengar ceramah..tetapi aku tidak lupa akan Nya.

17 Ramadhan hari dinuzulkan (diturunkan) Al-Quran dari Luh Mahfuz ke langit dunia mengikut pandangan ulama. Dan seterusnya selama 23 tahun Al-Quran disampaikan kepada Rasulullah SAW sebagai satu mukjizat kenabian Rasulullah SAW.

Justeru Ramadhan adalah satu bulan yg mulia kerana dinuzulkan Al-Quran padanya. Yang Allah tidak kurniakan kepada umat terdahulu. Itu tandanya Allah kasihkan umat Nabi Muhammad SAW. Sebab itu juga banyak amalan-amalan di dalam bulan Ramadhan ini hanya disunatkan dan tak diwajibkan, tarawih, sahur, qiamullail dan lain-lain sebagai tanda Allah nak uji keikhlasan kita beramal ibadah. Kerana dengan memperbanyakkan amalan sunat akan mendekatkan diri kita dengan Allah, menurut satu hadis qudsi.

0 Responses to '17 Ramadhan hari dinuzulkan Al-Quran'

Blog Widget by